Search

Pejabat Untuk Semua

Dah lama mungkin me...

  • Share this:

Pejabat Untuk Semua

Dah lama mungkin mereka bertekad untuk masuk ofis abah tok. Kali terkahir mungkin sebulan yang lepas. Asyik berkunci sahaja.

Hari ni saya bagi chance kat Adelea Jasmyn dan Adeel Zaydan untuk masuk mendapat sedikit inspirasi.

Menarik melihat Zaydan memilih beberapa buku yang ingin dibaca. Terkumat kamit mulutnya. Buku pertama yang dipegamg dan dibaca atas kerusi adalah O.R.B. 300 A.L. The Known Prophecy. Komen dia, 'scarry'.

Buku kedua adalah Harry Porter and The Cursed Child. Komen dia, "Harry Porter" sambil membelik beberapa muka surat.

Mula2 mereka okay. Kemudian mula buat macam2 projects. Saya tengah meneliti versi terakhir novel saya yang terbaru " Adi: Juara Badmonton Berdata". Ada sedikit ganguan dalam ofis.

Masalah utama ialah mereka sukar untuk keluar kalau dah dapat masuk. Kali ini, saya bernasib baik. Sepupu mereka Al-Fatih tiba2 sampai di rumah saya. Semua berkejaran turun ke bawah tinggalkan Abah Tok dengan Adi.

Adi adalah satu novel fiskyen yang penuh cerita masyarakat dan data sukan badminton. Setiap helaian penuh dengan inspirasi. Nantikan keluarannya sekejap masa lagi.

Sebuah buku bacaan semua lapisan masyarakat....mencabar minda dan emosi. Pasti anda menangis!

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts